Sebahagian Jajaran LPT2 Bukit Besi – Paka Mula Beroperasi | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
1

Sebahagian Jajaran LPT2 Bukit Besi – Paka Mula Beroperasi

DUNGUN, 25 Januari –   Menteri Kerja Raya, YB Datuk Fadillah Yusof  telah hadir bagi merasmikan pembukaan sebahagian jajaran Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) hari ini.

Kerajaan telah memutuskan untuk membuka sebahagian jajaran itu kepada laluan awam dari Pakej 10 hingga ke sebahagian Pakej 7 (7C) iaitu dari Persimpangan Bukit Besi ke Persimpangan Paka sepanjang 34 kilometer (km) bersempena dengan perayaan Tahun Baru Cina yang akan diraikan pada 31 Januari ini.  

“Pada masa yang sama, kerajaan komited untuk mempercepatkan pembukaan beberapa jajaran LPT2 yang masih dalam peringkat pembinaan dan dijangka dapat disiapkan secara berperingkat-peringkat sebelum September 2014,” katanya lagi.  Yang turut hadir ialah Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Datuk Himmat Singh dan Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Datuk Seri Ir. Mohd. Noor Yaacob.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4
5
6