Istiadat Mengangkat Sumpah Menteri Kanan Kerja Raya Dan Timbalan Menteri
Istiadat Mengangkat Sumpah Menteri Kanan Kerja Raya Dan Timbalan Menteri
KUALA LUMPUR, 30 OGOS 2021 - Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan Dan Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia telah berlangsung di Istana Negara dan telah mendapat perkenan KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.
Dalam upacara istiadat tersebut, YB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof telah dilantik sebagai Menteri Kanan Kerja Raya manakala YB Datuk Arthur Joseph Kurup sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya. Sejurus selesai, Menteri Kanan Kerja Raya dan Timbalan Menteri Kerja Raya telah mengadakan kunjungan rasmi ke Kompleks Kerja Raya dan disambut Ketua Setiausaha (KSU) dan Pengurusan Tertinggi Kementerian dan juga agensi di bawah Kementerian. Satu taklimat ringkas pengenalan telah berlangsung pada sesi yang sama.
- Log in to post comments