Jajaran Seksyen 4 (Setiawangsa - Taman Melati) Lebuhraya SPE Dibuka Kepada Pengguna Dengan 2 Bulan Tol Percuma | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
269604902_278612030971679_4935203067853541961_n.jpg

Jajaran Seksyen 4 (Setiawangsa - Taman Melati) Lebuhraya SPE Dibuka Kepada Pengguna Dengan 2 Bulan Tol Percuma

Jajaran Seksyen 4 (Setiawangsa - Taman Melati) Lebuhraya SPE Dibuka Kepada Pengguna Dengan 2 Bulan Tol Percuma

KUALA LUMPUR, 21 DISEMBER 2021 – Sebahagian jajaran Seksyen 4 (Setiawangsa – Taman Melati) Lebuhraya Setiawangsa – Pantai Expressway (SPE) yang juga dikenali sebagai Lebuhraya Duta – Ulu Kelang Fasa 3 (DUKE 3) akan dibuka kepada pengguna bermula jam 12:01 tengah malam 22 Disember 2021. Namun begitu, kutipan tol hanya akan bermula mulai 1 Mac 2022.

Pembukaan sebahagian Jajaran Seksyen 4 sepanjang 5 kilometer ini akan meningkatkan lagi keberkesanan Lebuh raya DUKE sedia ada dan akan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas bagi pengguna jalan raya ke/dari pusat Bandar Kuala Lumpur dengan kawasan penempatan setempat Timur Kuala Lumpur di Taman Melati, Wangsa Maju, Setiawangsa dan juga Jelatek.

Dibahagikan kepada 4 Seksyen utama iaitu Kerinchi – Salak (Seksyen 1), Salak – Pandan (Seksyen 2), Pandan – Setiawangsa (Seksyen 3) dan juga Setiawangsa – Taman Melati (Seksyen 4) dengan jarak keseluruhan sepanjang 32.1 kilometer, Setiawangsa - Pantai Expressway (SPE) adalah lebuh raya bertingkat terpanjang di Malaysia.

Lebuhraya ini menghubungkan beberapa lebuh raya lain seperti DUKE Fasa 1 & 2, Lebuhraya AKLEH, Lebuhraya SPRINT, Lebuhraya BESRAYA, Lebuhraya MEX, Lebuhraya Kuala Lumpur – Seremban, Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Salak, Lebuhraya Hubungan Timur – Barat Kuala Lumpur dan juga Jalan Lingkaran Tengah 1 dan 2.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
267490887_278611890971693_7849634021704389860_n.jpg
 267706268_278611990971683_1606216243262305678_n.jpg
 267736149_278611930971689_781066089515303988_n.jpg
	 267761265_278611904305025_2204895545618169290_n.jpg
 269309364_278612054305010_6024554572339645812_n.jpg