FORUM MEMBANGUN ADAB, MEMBANGUN NEGARA SEMPENA SANTUNI MADANI KKR 2026 | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

FORUM MEMBANGUN ADAB, MEMBANGUN NEGARA SEMPENA SANTUNI MADANI KKR 2026

Submitted by wmukk on 15 November 2026

KUBANG SEMANG – Program Santuni MADANI Kementerian Kerja Raya (KKR) 2026 meneruskan siri jelajahnya dengan penganjuran Forum Khas bersempena program berkenaan bertajuk "Membangun Adab, Membangun Negara" yang berlangsung di Masjid Jamek Kubang Semang, di sini malam ini.

Program berteraskan pengisian kerohanian dan modal insan ini dianjurkan dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Pulau Pinang bagi mendekatkan diri kementerian dengan komuniti setempat menerusi penghayatan nilai murni.

Forum keagamaan tersebut menampilkan dua (2) orang panel jemputan iaitu Ustaz Muhammad Arif dan Ustaz Mohd Shaffi, serta dikendalikan oleh Encik Muhammad Nur Ikhwan selaku moderator. Sesi wacana ilmu ini mengupas secara mendalam mengenai kepentingan penguasaan ilmu seiring dengan ketinggian adab sebagai teras utama dalam melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia dan membina sebuah negara yang sejahtera.

Penganjuran program ini turut menjadi platform jemputan terbuka kepada seluruh warga Kubang Semang dan negeri Pulau Pinang untuk memeriahkan siri kemuncak Mini Karnival Santuni MADANI KKR 2026 yang dijadualkan berlangsung pada esok hari, 14 November 2026 (Sabtu) bertempat di Dataran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kubang Semang dengan pengisian pelbagai aktiviti kemasyarakatan yang menarik.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4