YBM TINJAU KEMAJUAN FIZIKAL PROJEK LINGKARAN TENGAH UTAMA (LTU) SEKSYEN 4B DI KUALA LIPIS | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

YBM TINJAU KEMAJUAN FIZIKAL PROJEK LINGKARAN TENGAH UTAMA (LTU) SEKSYEN 4B DI KUALA LIPIS

Submitted by wmukk on 15 November 2026

KUALA LIPIS – Menteri Kerja Raya, YB Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi telah turun padang bagi meninjau sendiri kemajuan fizikal di tapak bina projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) Pakej 4: Kampung Relong ke Raub, Pahang, khususnya di Seksyen 4B: Ladang Jerkoh ke Sega Lama (Benta Bypass).

Lawatan kerja ini turut disertai oleh Ahli Parlimen Lipis, YB Dato' Sri Abdul Rahman Mohamad, dan dihadiri sama oleh Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Dato' Ir.  Ibrahim Esa.

Dalam tinjauan tersebut, YB Menteri menegaskan bahawa pihak kontraktor diminta untuk segera menyelesaikan segala isu kritikal di tapak bina bagi memastikan projek ini dapat disiapkan mengikut tempoh masa serta mematuhi arahan yang telah ditetapkan.

Penyiapan jajaran Benta Bypass ini amat penting bagi menyuraikan kesesakan trafik di Pekan Benta, memendekkan masa perjalanan pengguna jalan raya, serta merancakkan pertumbuhan ekonomi setempat selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4
5