PEMBANGUNAN BLOK WANITA DAN KANAK-KANAK HOSPITAL MELAKA, PERKUKUH AKSES PERKHIDMATAN KESIHATAN BERKUALITI | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

PEMBANGUNAN BLOK WANITA DAN KANAK-KANAK HOSPITAL MELAKA, PERKUKUH AKSES PERKHIDMATAN KESIHATAN BERKUALITI

Submitted by wmukk on 6 November 2026

MELAKA TENGAH – YB Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya, hari ini menyempurnakan Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) bagi Projek Pembinaan Blok Wanita dan Kanak-Kanak Hospital Melaka.

Majlis penyerahan SST serta Surat Pelantikan Pengarah Projek ini turut disaksikan oleh YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan.

Projek yang melibatkan kos pembinaan sebanyak RM609.6 juta, dengan kos keseluruhan berjumlah RM723.9 juta termasuk perolehan aset perubatan dan bukan perubatan, bakal memperkukuh kapasiti serta keupayaan perkhidmatan kesihatan khususnya untuk golongan wanita dan kanak-kanak di negeri Melaka dan kawasan sekitarnya.

Dilaksanakan menerusi kaedah Reka dan Bina, projek ini mempunyai tempoh pembinaan selama 260 minggu dan dijangka siap pada November 2031.

Pembangunan fasiliti kesihatan ini merupakan antara usaha berterusan Kerajaan dalam meningkatkan kapasiti infrastruktur kesihatan awam, sekali gus memastikan rakyat mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan yang lebih baik dan berkualiti.

Sebagai rekod, sejak tahun 2022 hingga kini, Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia telah berjaya menyiapkan sebanyak 42 projek fasiliti kesihatan dengan nilai keseluruhan RM4.2 bilion.

Pencapaian ini membuktikan komitmen berterusan Kementerian Kerja Raya (KKR) dan JKR Malaysia dalam memastikan pembangunan infrastruktur kesihatan awam dilaksanakan dengan berkesan demi kesejahteraan rakyat, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4
5
6