LAWATAN PENANDA ARAS MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) KEMENTERIAN KERJA RAYA KE PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SEMBILAN | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

LAWATAN PENANDA ARAS MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) KEMENTERIAN KERJA RAYA KE PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SEMBILAN

Submitted by wmukk on 27 October 2026

SEREMBAN – Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) telah mengadakan Lawatan Penanda Aras Majlis Bersama Jabatan (MBJ) ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan (PSUKNS), bertempat di Bilik Gerakan Negeri, Wisma Negeri, Seremban.

Lawatan yang disertai oleh 19 orang delegasi KKR ini diketuai oleh Encik Ahmad Salwadi bin Salleh, Ketua Penolong Setiausaha, BPSM KKR. Pihak PSUKNS pula diwakili oleh Encik Zairil Azwan bin Zulmuji, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia PSUKNS, bersama-sama pegawai serta wakil pekerja MBJ PSUKNS.

Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan perkongsian amalan terbaik dalam pengurusan dan pelaksanaan MBJ, khususnya berkaitan pengurusan usul, pemantauan penyelesaian isu serta pengukuhan kerjasama antara pihak pengurusan dengan wakil pekerja.

Antara intipati utama perkongsian ialah penekanan terhadap nilai keterbukaan, kepercayaan dan kesediaan sebagai asas penting dalam memastikan keberkesanan MBJ sebagai platform komunikasi dua hala antara pihak pengurusan dengan pekerja. 

Selain itu, perhatian turut diberikan kepada kepentingan menangani isu-isu kecil yang dibangkitkan oleh warga kerja kerana isu tersebut berpotensi memberikan impak besar terhadap kebajikan, motivasi dan kesejahteraan pekerja sekiranya tidak ditangani dengan sewajarnya.

Sesi lawatan turut membuka ruang pertukaran pandangan dan pengalaman antara kedua-dua pihak, sekali gus memberikan input yang bermanfaat ke arah penambahbaikan pengurusan dan pelaksanaan MBJ di KKR.

KKR merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak PSUKNS atas kesudian menerima lawatan serta berkongsi pengalaman dan amalan terbaik dalam memperkukuh hubungan harmoni antara pihak pengurusan dengan pekerja.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4
5