SAMBUTAN HARI MALAYSIA 2026 MERAIKAN KEPELBAGAIAN, MENGUKUH PERPADUAN | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

SAMBUTAN HARI MALAYSIA 2026 MERAIKAN KEPELBAGAIAN, MENGUKUH PERPADUAN

KUCHING – Sambutan Hari Malaysia 2026 telah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang bertempat di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), Sarawak, yang dihimpuni kira-kira 6,000 orang tetamu di sini hari ini.

Acara penuh bersejarah itu disempurnakan menerusi gimik perasmian serta upacara memotong pulut kuning oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, TYT Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar. Majlis tersebut diiringi oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim; Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg; dan Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor.

Program diteruskan dengan sesi menandatangani Buku Khas Sambutan Hari Malaysia 2026 serta pelbagai persembahan kebudayaan, termasuk persembahan tarian selamat datang "Segulai Sejalai", teater muzikal "Malaysiaku MADANI, Kesejahteraan Dinikmati", dan tarian "Serumpun MADANI" yang menampilkan keunikan warisan budaya gabungan Semenanjung Malaysia, Sabah, dan Sarawak. Kemuncak acara dimeriahkan dengan persembahan artis tanah air serta pertunjukan bunga api di Kuching Waterfront.

Turut hadir menyaksikan sambutan ini ialah Menteri Komunikasi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan HKHM 2026, YB Dato’ Seri Fahmi Fadzil; Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak merangkap Pengerusi Bersama, YB Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah; serta barisan Menteri Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Penganjuran Sambutan Hari Malaysia 2026 ini menterjemahkan komitmen teguh Kerajaan dalam memperkukuh keharmonian, perpaduan, dan kesalinghubungan antara wilayah demi membina sebuah negara bangsa yang sejahtera dan progresif di bawah kerangka Malaysia MADANI.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4
5
6
7