WSC SHANGHAI 2026: YBTM SEMPURNAKAN PELEPASAN KONTINJEN WORLDSKILLS MALAYSIA | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

WSC SHANGHAI 2026: YBTM SEMPURNAKAN PELEPASAN KONTINJEN WORLDSKILLS MALAYSIA

SHAH ALAM – Timbalan Menteri Kerja Raya merangkap Chef De Mission (CDM) Kontinjen Negara, YB Datuk Seri Dr. Ahmad bin Maslan, telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Amanat, Pelepasan Kontinjen, dan Solat Hajat bagi atlet TVET negara ke WorldSkills Competition (WSC) Shanghai 2026 bertempat di Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST), di sini hari ini.

Dalam amanatnya, beliau menekankan kepentingan ketahanan mental melebihi 97 peratus di samping persediaan teknikal bagi memastikan para peserta bersedia secara menyeluruh di pentas antarabangsa. Tiga fokus utama yang turut ditekankan merangkumi pendekatan zero-reset bagi meminimumkan kesilapan, disiplin pemarkahan dan prosedur, serta penjagaan kesihatan dan fizikal sepanjang kejohanan.

Majlis berkenaan turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia merangkap Deputy Chef De Mission, YB Datuk Khairul Firdaus bin Akhbar Khan; Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KKR), YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim; Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), YBhg. Datuk Azman bin Mohd Yusof; Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KKR, YBhg. Dato’ Zainal Alhakab Seman; Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), YBrs. Ir. Ts. Dr. Kamaruzaman bin Hj. Md. Ali; Pengerusi CIDB, YBhg. Dato’ Ir. Haji Yusuf bin Haji Abd. Wahab; serta pegawai-pegawai kanan dan jurulatih kontinjen.

Penyertaan ke kejohanan dunia ini menterjemahkan kerjasama strategik antara KKR dan KESUMA menerusi JPK selaku Sekretariat Bersama WorldSkills Malaysia dalam memperkasakan modal insan TVET bertaraf antarabangsa. Kontinjen Malaysia dijadualkan berlepas ke Shanghai pada 19 September 2026 demi membawa cabaran negara dan mengharumkan nama Malaysia.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4
5