PROGRAM KOLABORASI STRATEGIK KERJA RAYA 2026 BERAKHIR DENGAN JAYANYA: RUMUSAN & RESOLUSI MASA DEPAN SEKTOR INFRASTRUKTUR DISAKSIKAN MENTERI KERJA RAYA
KOTA KINABALU – Program Kolaborasi Strategik Kerja Raya 2026 melabuhkan tirainya malam ini menerusi Sesi Rumusan dan Resolusi yang disampaikan oleh YBhg. Datuk Seri Azman Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KKR). Sesi kemuncak ini turut diseri dan disaksikan oleh Menteri Kerja Raya, YB. Dato Sri Alexander Nanta Linggi.
Selaku tuan rumah bagi siri tahun 2026, Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada YB Menteri Kerja Raya serta barisan Pengurusan Tertinggi KKR di atas sokongan padu dan kepimpinan yang diterajui sepanjang program berlangsung.
Majlis diakhiri dengan upacara bersejarah iaitu Sesi Menandatangani Resolusi Program Kolaborasi Strategik Kerja Raya 2026. Resolusi penting ini telah ditandatangani secara bersama oleh:
* Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya
* Ketua Pengarah Kerja Raya (Jabatan Kerja Raya Malaysia)
* Pengarah JKR Sabah
* Pengarah JKR Sarawak
* Ketua Eksekutif CIDB Malaysia
Komitmen bersatu ini membuktikan keteguhan iltizam seluruh warga kerja raya dan agensi berkaitan dalam memperkasakan mutu penyampaian perkhidmatan serta pembangunan infrastruktur negara.
Pada majlis yang sama, Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia telah diumumkan secara rasmi sebagai tuan rumah bagi penganjuran Program Kolaborasi Strategik Kerja Raya untuk siri yang akan datang.
- Log in to post comments