TIMBALAN MENTERI KERJA RAYA MENGADAKAN LAWATAN KERJA RASMI KE JKR DAERAH JELEBU BAGI MENINJAU PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN DAN PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR
JELEBU – Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan, hari ini mengadakan Lawatan Kerja Rasmi ke Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Jelebu, Negeri Sembilan bagi meninjau pelaksanaan fungsi jabatan, perkembangan projek pembangunan serta usaha penyelenggaraan infrastruktur yang dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat.
Lawatan ini merupakan sebahagian daripada komitmen Kementerian Kerja Raya (KKR) untuk memastikan pelaksanaan projek dan penyampaian perkhidmatan di peringkat daerah sentiasa berada pada tahap terbaik, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dalam menyediakan infrastruktur yang berkualiti, selamat dan mampan.
Sepanjang lawatan tersebut, YB Timbalan Menteri telah diberikan taklimat oleh pihak JKR Daerah Jelebu mengenai status semasa projek pembangunan dan penyelenggaraan jalan Persekutuan serta inisiatif yang sedang dilaksanakan bagi meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
Beliau turut menekankan kepentingan pemantauan berterusan terhadap pelaksanaan projek agar setiap pembangunan dapat disiapkan mengikut jadual, memenuhi spesifikasi yang ditetapkan serta memberikan impak positif kepada masyarakat setempat.
KKR akan terus memperkukuh kerjasama dengan Jabatan Kerja Raya Malaysia dan semua pihak berkepentingan bagi memastikan setiap projek infrastruktur dilaksanakan secara cekap, telus dan berintegriti, seterusnya menyokong agenda pembangunan negara serta meningkatkan kesejahteraan rakyat.
- Log in to post comments