MENTERI KERJA RAYA HARI INI TELAH MENYEMPURNAKAN INTERNATIONAL CONFERENCE ON SLOPE 2026 (ICOS 2026) YANG JULUNG KALI DIADAKAN | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

MENTERI KERJA RAYA HARI INI TELAH MENYEMPURNAKAN INTERNATIONAL CONFERENCE ON SLOPE 2026 (ICOS 2026) YANG JULUNG KALI DIADAKAN

KUALA LUMPUR - YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya hari ini telah menyempurnakan International Conference on Slope 2026 (ICOS 2026) yang julung kali diadakan bertempat di Royale Chulan Kuala Lumpur.

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pembangunan), YBhg. Datuk Dr Khairus Masnan Abdul Khalid, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KKR, YBhg. Datuk Zainal Alhakab Seman serta Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Dato’ Sri Ir. Roslan bin Ismail, merangkap Presiden Pertubuhan Kejuruteraan Jalan Malaysia (REAM).

Mengangkat tema “Resilience, Adaptation And Sustainable Slope”, ICOS 2026 menjadi platform penting dalam memperkukuh kepakaran kejuruteraan cerun melalui perkongsian teknologi terkini, inovasi serta pendekatan mampan bagi pengurusan cerun yang lebih selamat dan berdaya tahan.

Persidangan ini menghimpunkan pakar tempatan dan antarabangsa dari Indonesia, Taiwan, Jepun, Hong Kong dan India bagi membincangkan pelbagai isu berkaitan pengurusan cerun termasuk risiko tanah runtuh, penggunaan kecerdasan buatan (AI), pemantauan, pencegahan serta penyelenggaraan cerun.

Penganjuran ICOS 2026 mencerminkan komitmen berterusan JKR Malaysia dalam memperkasa kompetensi warga teknikal dan mengukuhkan pembangunan profesionalisme demi keselamatan rakyat serta pembangunan infrastruktur negara yang mampan selaras aspirasi Malaysia MADANI.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3