TINJAUAN TIMBALAN MENTERI KERJA RAYA KE PROJEK MENAIKTARAF RUMAH SERI KENANGAN JOHOR BAHRU | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

TINJAUAN TIMBALAN MENTERI KERJA RAYA KE PROJEK MENAIKTARAF RUMAH SERI KENANGAN JOHOR BAHRU

JOHOR BAHRU - Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Seri Dr Haji Ahmad Haji Maslan hari ini turun padang mengadakan tinjauan ke Projek Menaiktaraf Rumah Seri Kenangan Johor Bahru bagi memastikan pelaksanaannya berjalan lancar mengikut perancangan serta menepati standard kualiti dan keselamatan yang ditetapkan.

Projek bernilai RM57.39 juta yang dilaksanakan secara konvensional ini telah bermula pada 25 Julai 2022 dan dijangka siap sepenuhnya pada 5 Jun 2027. Sehingga kini, kemajuan fizikal projek mencapai 38% berbanding 39% jadual, dengan kelewatan sekitar 7 hari.

Skop pembangunan merangkumi pelbagai kemudahan utama termasuk blok pentadbiran, kuarters, asrama lelaki dan perempuan, dewan makan, dewan serbaguna, surau serta kemudahan sokongan lain bagi memastikan keselesaan penghuni. 

Projek ini merupakan inisiatif penting dalam menyediakan persekitaran yang lebih kondusif dan selesa khusus buat warga emas.

Dalam tinjauan tersebut, YB Timbalan Menteri turut mendengar taklimat status semasa projek serta menekankan kepentingan kerjasama erat antara semua pihak bagi memastikan projek dapat disiapkan mengikut jadual. 

Kementerian Kerja Raya kekal komited memastikan setiap projek yang dilaksanakan memberi impak terbaik kepada kesejahteraan rakyat.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3