MENTERI KERJA RAYA TERIMA KUNJUNGAN HORMAT MENTERI BESAR PAHANG
KUALA LUMPUR – Menteri Kerja Raya, Datuk Sri Alexander Nanta Linggi hari ini menerima kunjungan hormat daripada Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail di Menara Kerja Raya.
Turut hadir dalam sesi pertemuan tersebut ialah barisan delegasi Kerajaan Negeri Pahang termasuk Exco Kerja Raya Negeri Pahang, Dato’ Sri Razali Kassim, YBhg. Datuk Dr. Khairus Masnan bin Abdul Khalid, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Pembangunan) serta pegawai-pegawai kanan dari kedua-dua pihak.
Pertemuan ini bertujuan untuk memperkukuh kerjasama strategik antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Pahang khususnya dalam aspek pembangunan infrastruktur, penyelenggaraan jalan raya, serta pelaksanaan projek-projek pembangunan yang memberi manfaat kepada rakyat.
Kedua-dua pihak turut membincangkan status semasa projek-projek pembangunan di negeri Pahang serta langkah-langkah penambahbaikan bagi memastikan pelaksanaan projek berjalan lancar, menepati jadual dan mencapai piawaian yang ditetapkan.
Menteri Kerja Raya dalam ucapannya menzahirkan komitmen Kementerian untuk terus bekerjasama rapat dengan Kerajaan Negeri dalam memastikan kesejahteraan rakyat serta pembangunan infrastruktur yang mampan dan berkualiti.
Pertemuan ini diharapkan dapat memperkukuh lagi hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak demi kemajuan negeri Pahang dan negara secara keseluruhannya.
- Log in to post comments