PENGURUSAN CERUN NEGARA DIPERKUKUH MENERUSI PERSIDANGAN ANTARABANGSA ICOS 2026 | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

PENGURUSAN CERUN NEGARA DIPERKUKUH MENERUSI PERSIDANGAN ANTARABANGSA ICOS 2026

KUALA LUMPUR – Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia dengan kerjasama Road Engineering Association of Malaysia (REAM) hari ini secara rasmi mengumumkan penganjuran International Conference on Slope 2026 (ICOS 2026) menerusi Majlis Prapelancaran yang berlangsung di Menara Kerja Raya.

Majlis yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya itu bertujuan memberi pemakluman awal mengenai hala tuju persidangan yang bertemakan “Resilience, Adaptation & Sustainable Slope”. ICOS 2026 dijadualkan berlangsung pada 29 April hingga 30 April 2026 di Royale Chulan, Kuala Lumpur.

Persidangan bertemakan “Resilience, Adaptation & Sustainable Slope” ini bertujuan memperkukuh pengurusan cerun negara melalui perkongsian ilmu, pembangunan kapasiti dan profesionalisme dalam kalangan pakar, agensi kerajaan, industri dan akademia.

ICOS 2026 akan menampilkan pakar antarabangsa serta menyediakan lawatan teknikal ke tapak cerun bagi pendedahan praktikal. Persidangan ini dijangka menarik 500 peserta dan menyediakan 45 ruang pameran berkaitan teknologi dan inovasi pengurusan cerun.

Sehingga kini, lebih 34,000 cerun telah didaftarkan dalam sistem ISMAS, dan KKR komited memastikan pengurusan cerun yang selamat, berdaya tahan dan mampan selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0