TIMBALAN MENTERI KERJA RAYA JAWAB SOALAN BERHUBUNG CADANGAN NAIK TARAF JALAN TAMPARULI–RANAU | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

TIMBALAN MENTERI KERJA RAYA JAWAB SOALAN BERHUBUNG CADANGAN NAIK TARAF JALAN TAMPARULI–RANAU

KUALA LUMPUR –  YB Datuk Dr. Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya menjawab soalan Datuk Seri Panglima Madius Tangau (Tuaran) di Parlimen Malaysia berhubung cadangan menaik taraf Jalan Tamparuli–Ranau menjadi lebuh raya bagi mengatasi kesesakan trafik.

Beliau memaklumkan bahawa cadangan tersebut memerlukan kajian terperinci melibatkan aspek teknikal, keselamatan, jajaran, impak alam sekitar dan kos. Buat masa ini, Kementerian Kerja Raya memberi tumpuan kepada langkah penambahbaikan berfasa termasuk pelebaran di lokasi kritikal dan kerja penyelenggaraan bagi meningkatkan kelancaran serta keselamatan pengguna.

Kerajaan komited menilai keperluan projek ini berdasarkan keutamaan dan kedudukan kewangan semasa.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0