TURUN PADANG KSU KE JKR NEGERI KELANTAN | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

TURUN PADANG KSU KE JKR NEGERI KELANTAN

KELANTAN – Lawatan kerja rasmi YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya ke Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Kelantan menjadi platform penting bagi meninjau pelaksanaan inisiatif strategik ke arah pemodenan sektor pembinaan negara.

Antara pengisian utama lawatan adalah pembentangan pembangunan 16 buah BIM Lab yang bertujuan memperkukuh pelaksanaan teknologi Building Information Modelling (BIM) di peringkat negeri. Kemudahan ini berperanan sebagai pemangkin kepada peningkatan kompetensi teknikal, sokongan latihan berterusan serta pengurusan projek pembinaan yang lebih cekap, bersepadu dan sistematik.

Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Kerja Raya dan Jabatan Kerja Raya dalam memperkasa transformasi digital, meningkatkan keupayaan penyampaian perkhidmatan awam serta memastikan pembangunan infrastruktur dilaksanakan secara lebih mampan, berimpak tinggi dan memberi manfaat kepada rakyat.

Turut serta ialah YBhg. Datuk Dr. Khairus Masnan bin Abdul Khalid. Hadir sama YBrs. Ir. Atikah binti Zakaria @ Ya, Pengarah Kanan Cawangan Jalan, JKR Malaysia; YBrs. Nik Badlihisham bin Nik Ismail, Pengarah JKR Negeri Kelantan; YBrs. Roswadi Muhammad, Pengarah CIDB Kelantan; serta pegawai-pegawai kanan kementerian dan agensi.

Inisiatif dan komitmen ini selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan pembangunan mampan, kemajuan teknologi, tadbir urus cekap serta kesejahteraan rakyat melalui penyampaian perkhidmatan awam yang berkualiti dan berimpak tinggi.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0