LAWATAN SUSULAN KSU KKR KE TAPAK LATIHAN TVET AKADEMI BINAAN MALAYSIA, KUBANG SEMANG, PULAU PINANG
KUBANG SEMANG – Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KKR), YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim telah turun padang ke tapak cadangan pembangunan Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Utara, cawangan Pulau Pinang di Kubang Semang, Seberang Perai Tengah.
Lawatan ini bertujuan menilai kesesuaian tapak seluas 2.191 hektar berhampiran Lebuhraya BKE yang dikenal pasti untuk pembangunan pusat latihan kemahiran pembinaan (TVET) bagi belia tempatan.
Pusat latihan ini dijangka melahirkan tenaga kerja mahir dalam bidang pembinaan moden, jentera berat, mekanikal & elektrikal serta teknologi pintar, sekali gus menyokong keperluan projek utama negeri seperti Silicon Island dan LRT Mutiara.
Turut hadir dalam lawatan ini ialah YBrs. Mohd Nazri bin Haji Zakaria, Pengarah Akademi Binaan Malaysia (ABM) merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ABM Wilayah Utara serta YBrs. Haslina Md Lazim, Pengurus Bahagian Pembangunan & Pengurusan CIDB Pulau Pinang.
Inisiatif ini selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan pembangunan insan berkemahiran, peluang ekonomi yang adil serta kemajuan negara yang inklusif dan mampan.
- Log in to post comments