Majlis Penyerahan Kampung Angkat MADANI (KAM) 2025 | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

Majlis Penyerahan Kampung Angkat MADANI (KAM) 2025

KAPIT, SARAWAK – Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya merangkap Ahli Parlimen P.215 Kapit, telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Kampung Angkat MADANI (KAM) 2025 di Rumah Panjang Kiong, Sungai Anggau, semalam.

Majlis ini turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Pembangunan) KKR, Datuk Khairus Masnan Abd Khalid, YB ADUN Bukit Goram, Residen Kapit, wakil-wakil Pejabat Daerah, rakan strategik serta komuniti KAM.

KAM KKR 2025 merupakan kesinambungan program KAM 2024 yang dicetuskan oleh YAB Perdana Menteri, dengan pemilihan Rumah Panjang Kiong sebagai lokasi baharu bagi meneruskan usaha Kerajaan MADANI dalam menyediakan kemudahan asas yang lebih baik serta menyokong pembangunan setempat.

KKR dan agensi berkaitan turut memperluaskan pelaksanaan KAM MADANI ke lokasi lain termasuk:

- Kampung Kubang Semang (di bawah Ketua Setiausaha KKR)

- Kampung Kota, Kota Bharu (di bawah Ketua Pengarah JKR)

- Kampung Terusan Seberang, Kuala Pilah (di bawah Ketua Pengarah LLM)

KKR merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Sarawak, kepimpinan tempatan, Tuai Rumah dan seluruh komuniti Rumah Panjang Kiong atas kerjasama mereka. Diharapkan penambahbaikan infrastruktur ini dimanfaatkan sebaiknya sebagai tanda aras pembangunan dan perpaduan komuniti selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0