YB MENTERI TURUN PADANG MELIHAT SENDIRI INSIDEN LUBANG BENAM (SINKHOLE) DI FT033, SEKSYEN 22.0,LEBUH SPA, DAERAH MELAKA TENGAH, MELAKA | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

YB MENTERI TURUN PADANG MELIHAT SENDIRI INSIDEN LUBANG BENAM (SINKHOLE) DI FT033, SEKSYEN 22.0,LEBUH SPA, DAERAH MELAKA TENGAH, MELAKA

MELAKA TENGAH – Seusai Program Retreat Menteri Kerja Raya Dengan Pengurusan Tertinggi dan Agensinya di Geo Resort Genting, YB Menteri telah bergegas ke Melaka Tengah untuk melihat sendiri insiden Lubang Benam atau Sinkhole yang diberitahu kepada beliau semalam yang berlaku pada 29 November 2025, sekitar jam 11.18 malam, Kejadian berlaku pada lorong fastlane Jalan Persekutuan FT033, Seksyen 22.0, Lebuh Sungai Udang - Paya Rumput - Ayer Keroh (SPA), menghala ke UTEM, daerah Melaka Tengah. Sinkhole tersebut dianggarkan berukuran 10 meter panjang dan 5 meter lebar. Ketika kejadian, cuaca adalah baik.

2. YB Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi, telah diiringi oleh Ketua Pengarah Kerja Raya, Timbalan Pengarah Kerja Raya (Infra), Pengarah JKR CSFJ, Setiausaha Bahagian BPF KKR dan JKR Melaka tiba di lokasi sekitar jam 2.30 petang. 

3. Siasatan awal mendapati punca kejadian adalah disebabkan kegagalan struktur culvert bersaiz 1.8 x 1.8 meter sepanjang 40 meter pada kedalaman 10 hingga 11 meter menyebabkan mendapan berlaku di permukaan jalan.

4. Tindakan mitigasi segera telah dilaksanakan di tapak bagi keselamatan pengguna jalan raya melalui pemasangan papan tanda amaran, lencongan trafik dan penutupan lorong fastlane sepanjang 300 meter untuk kedua-dua arah. Dalam pada itu, JKR Daerah Melaka Tengah akan menjalankan pemantauan berterusan dari semasa ke semasa khusus di lokasi kejadian.

5. Bagi kerja-kerja pembaikan kekal, tindakan utama yang akan diambil adalah:•

Kerja pengorekan dengan perimeter 10 x 5 meter sedalam 10 meter, termasuk pemasangan Temporary Sheet Pile untuk mengenalpasti kawasan struktur culvert terlibat

• Penggantian culvert konkrit yang rosak;

• Kerja penimbusan dan pemadatan tanah; dan

• Pembaikan struktur dan perabot jalan.

6. Tempoh pembaikan dijangka mengambil masa dua (2) bulan, bergantung kepada keadaan tanah dan cuaca. Anggaran kos pembaikan dianggarkan sekitar RM2.50 juta dan akan diperincikan semula selepas siasatan forensik selesai dilaksanakan oleh pihak JKR Malaysia.

7. KKR dan JKR Malaysia komited memastikan aspek keselamatan pengguna jalan raya terus diberi keutamaan dan kerja pembaikan dapat dilaksanakan secepat mungkin selaras dengan prinsip Malaysia MADANI yang menekankan kesejahteraan rakyat, keselamatan dan kecekapan penyampaian perkhidmatan. 

8. Orang awam turut dinasihatkan untuk mematuhi arahan keselamatan serta papan tanda yang dipasang di lokasi demi menjaga keselamatan bersama.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0