KERAJAAN TERUS KOMITED PERKUKUH INFRASTRUKTUR JALAN RAYA | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

KERAJAAN TERUS KOMITED PERKUKUH INFRASTRUKTUR JALAN RAYA

SEBERANG PERAI SELATAN - Sekitar Majlis Pembukaan Rasmi Enam Projek Cawangan Jalan, Jabatan Kerja Raya disempurnakan oleh Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi bertempat di Tapak Projek Jambatan Transkrian.

Majlis ini melibatkan enam projek utama dengan jumlah kos keseluruhan hampir RM322 juta, termasuk:

  • Projek menaik taraf Jambatan FT001/724/5 merentasi Sungai Kerian dan jejambat ke Jalan Transkrian FT001/FT283 bernilai RM194.42 juta; 

serta

  • Lima (5) projek penggantian jambatan di Laluan Persekutuan FT136, Kulim dan Bandar Baharu, Kedah dengan kos antara RM12.6 juta hingga RM15 juta setiap satu.

Projek-projek ini bukan sahaja meningkatkan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya, malah memperkukuh keterhubungan antara negeri Pulau Pinang, Kedah dan Perak, sekali gus merancakkan pertumbuhan ekonomi tempatan.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0
0