PERHIMPUNAN BULANAN OKTOBER 2025 | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

PERHIMPUNAN BULANAN OKTOBER 2025

KUALA LUMPUR - Hari ini telah berlangsung Perhimpunan Bulanan Kementerian Kerja Raya Oktober 2025 diadakan bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid.

Dalam ucapan amanat kali ini, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi menegaskan bahawa Belanjawan MADANI 2026 memberi keutamaan kepada projek berkepentingan rakyat — jalan raya, jambatan, sekolah dan hospital — dengan peruntukan RM10.692 bilion.

Fokus turut diberikan kepada penyenggaraan jalan melalui Program MYJalan bernilai RM2.5 bilion serta peningkatan peluang kontraktor Bumiputera G1–G4 kepada RM700 juta.

Menteri juga mengingatkan agar setiap warga KKR terus berintegriti, bertanggungjawab, dan turun padang memastikan setiap ringgit memberi impak maksimum kepada rakyat.

Hadir sama ialah Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Seri Dr. Haji Ahmad Haji Maslan, Ketua Setiausaha KKR, YBhg. Dato' Seri Azman Ibrahim, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KKR, YBhg. Dato' Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Pembangunan) KKR, YBhg. Dato' Mohd Sakeri Abdul Kadir serta Ketua-ketua Pengarah Agensi.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0
0
0