RAJA MUDA PERLIS RASMIKAN PEMBUKAAN PEJABAT BAHARU CIDB NEGERI PERLIS
KANGAR, PERLIS – Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) hari ini melakar satu lagi pencapaian penting menerusi perasmian pejabat baharu CIDB Negeri Perlis oleh Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Dato’ Seri Dr. Ahmad Maslan yang hadir pada majlis tersebut berkata, pejabat baharu ini mencerminkan komitmen CIDB untuk meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan serta menyokong pertumbuhan sektor pembinaan di negeri Perlis
Pejabat baharu ini terletak di No. 28, Jalan Kangar Jaya 7, Kangar Jaya, merupakan sebuah bangunan tiga tingkat berkeluasan 8,548 kaki persegi. Ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan moden termasuk kaunter perkhidmatan, bilik seminar, bilik latihan dan Makmal Satelit Building Information Modelling (BIM). Makmal BIM ini berfungsi sebagai pusat rujukan untuk kontraktor, perunding, dan pelajar dalam mempelajari serta menguasai teknologi pembinaan digital khususnya pemodelan 3D sekali gus menjadikan pejabat baharu ini sebagai pusat inovasi dalam pembinaan di Perlis.
Sehingga kini, sebanyak 1,185 projek telah dilaksanakan di Perlis dengan nilai RM1.117 bilion. Daripada jumlah itu, 67% adalah projek kerajaan manakala 33% lagi merupakan projek sektor swasta dan ini mencerminkan keseimbangan pertumbuhan kedua-dua sektor.
- Log in to post comments