PROGRAM HIGH IMPACT TOP MANAGEMENT (HITT) KKR TAHUN 2025 | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

PROGRAM HIGH IMPACT TOP MANAGEMENT (HITT) KKR TAHUN 2025

PULAU PINANG – Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) telah menganjurkan Program High Impact Top Management (HITT) KKR Tahun 2025 pada 12 hingga 14 September 2025 (Jumaat-Ahad) bertempat di Cititel Hotel, Georgetown dan sekitar negeri Pulau Pinang.

Program pengukuhan pasukan (teambuilding) berkonsepkan SMARTRACE di sekitar Pulau Pinang ini telah melibatkan penyertaan Pegawai Pengurusan Tertinggi dan Pegawai Kanan Kementerian serta Agensi. Ianya bertujuan untuk memperkukuh semangat kerjasama (teamwork), kolaborasi dan kepercayaan (trust) antara peserta. Melalui program ini, peserta telah dibahagikan kepada kumpulan dan ditugaskan untuk melengkapkan seberapa banyak tugasan di lokasi terpilih sekitar Pulau Pinang dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Ini bertujuan untuk membolehkan setiap pasukan merancang strategi masing-masing dan mengumpulkan markah tertinggi sepanjang perlumbaan.

Antara tugasan yang terdapat dalam pelaksanaan SMARTRACE ini ialah aktiviti mewakafkan barangan keperluan bagi kegunaan Masjid Terapung Tanjung Bungah dan Pasar Nelayan Teluk Kumbar. Aktiviti ini merupakan salah satu inisiatif bagi mendukung nilai ihsan di bawah konsep Malaysia MADANI yang mendorong individu, masyarakat dan institusi untuk melakukan kebaikan melangkaui kewajipan. 

Semoga penganjuran program ini dapat memperkukuh semangat kerjasama antara pasukan merentas agensi dalam memandu KKR ke peringkat yang lebih cemerlang pada masa hadapan.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0
0
0