KSU KKR RASMIKAN PROGRAM HARI KEUSAHAWANAN & PENYERAHAN KOMPUTER IMAC DI SK SERI PENANTI | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

KSU KKR RASMIKAN PROGRAM HARI KEUSAHAWANAN & PENYERAHAN KOMPUTER IMAC DI SK SERI PENANTI

PULAU PINANG - Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato' Seri Azman Ibrahim telah merasmikan Program Hari Keusahawanan Sekolah Kebangsaan Seri Penanti, Kubang Semang, Seberang Perai, Pulau Pinang. 

Turut diadakan Majlis Penyerahan 22 unit komputer iMac atas inisiatif KSU KKR mendapatkan kerjasama antara pihak sekolah dengan rakan strategik KKR, Switch Malaysia (Apple Premium Partner). 

Setinggi-tinggi penghargaan turut dirakamkan kepada Persatuan Kebajikan Islam TNB Seberang Perai atas sokongan dan sumbangan dalam menjayakan Program Sekolah Angkat MADANI 2025 Kementerian Kerja Raya.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4
5