PROJEK NAIKTARAF SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL BINTULU SIAP 49 HARI LEBIH AWAL | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

PROJEK NAIKTARAF SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL BINTULU SIAP 49 HARI LEBIH AWAL

BINTULU  – Kerajaan MADANI melalui Kementerian Kerja Raya (KKR) menyerahkan projek siap menaiktaraf Sekolah Menengah Vokasional Bintulu, Sarawak yang berjaya disiapkan 49 hari lebih awal daripada jadual asal tanpa sebarang lanjutan masa (EOT).

Projek bernilai RM21.509 juta itu dilaksanakan oleh Pasukan Projek Khas 2 (PPK2), JKR Malaysia dengan Asarajaya Sdn. Bhd. sebagai kontraktor pelaksana. Bermula pada 4 Julai 2023, projek ini disiapkan sepenuhnya pada 11 April 2025. Antara komponen utama pembinaan termasuk Blok Seni Kulinari, Fesyen dan Kosmetologi, Blok Elektrik dan Elektronik, Blok Teknologi Automotif, Blok Pemesinan Industri, Blok Teknologi Pembinaan, Blok Teknologi Kimpalan, kerja cerucuk, perabot binaan, kerja mekanikal serta elektrikal, selain infrastruktur luaran.

Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi dalam ucapannya berkata kejayaan menyiapkan projek ini lebih awal membuktikan komitmen Kerajaan MADANI untuk menyediakan infrastruktur pendidikan yang moden, berkualiti dan kondusif bagi menyokong kecemerlangan pelajar. Beliau menambah, usaha ini juga seiring dengan aspirasi kerajaan untuk membentuk masyarakat berilmu, progresif dan berdaya saing.

“KKR melalui JKR Malaysia sentiasa komited menyokong pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat. Saya juga meminta agar JKR terus memantau dan bekerjasama dengan kontraktor bagi menyelesaikan sebarang aduan kecacatan dalam tempoh tanggungan kecacatan (DLP) mengikut peraturan yang ditetapkan,” katanya.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0
0
0