SEMBANG SANTAI DAN PENYAMPAIAN AMANAT TIMBALAN MENTERI KERJA RAYA BERSAMA KONTINJEN NEGARA YANG AKAN MENYERTAI WORLDSKILLS ASEAN MANILA 2025
SHAH ALAM – Petang tadi Timbalan Menteri Kerja Raya, YB. Datuk Seri Ahmad Maslan hadir ke CIAST Shah Alam bagi Sesi Sembang Santai dan Penyampaian Amanat Bersama Kontinjen Negara yang akan menyertai Worldskills Asean Manila 2025.
Beliau yang juga 'Deputy Chef De Mission' mengiringi Timbalan Menteri Sumber Manusia, YB. Dato' Seri Abdul Rahman Mohamad yang bertindak selaku 'Chef de Mission' mengetuai Kontinjen Malaysia ke Manila.
Worldskills Asean Manila 2025 akan bermula dari 25 hingga 30 Ogos di World Trade Centre, Pasay City, Metro Manila, melibatkan penyertaan 11 Negara Asean dan Malaysia menghantar peserta melibatkan 23 kategori bidang kemahiran yang dipertandingkan.
"SELAMAT BERJUANG PESERTA NEGARA"
"DEMI MALAYSIA"
Tarikh Dan Waktu Acara
- Log in to post comments