PEMANTAUAN PROJEK KOTA BHARU – KUALA KRAI (KBKK) PAKEJ 2B: KETEREH – KOK LANAS | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

PEMANTAUAN PROJEK KOTA BHARU – KUALA KRAI (KBKK) PAKEJ 2B: KETEREH – KOK LANAS

KOTA BHARU, KELANTAN - YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya hari ini telah membuat pemantauan ke tapak Projek Lebuhraya Kota Bharu – Kuala Krai (KBKK) Pakej 2B: Ketereh – Kok Lanas bagi meninjau kemajuan kerja pembinaan.

Lawatan ini bertujuan memastikan projek berjalan mengikut jadual, mematuhi piawaian keselamatan, dan memenuhi spesifikasi yang ditetapkan. Projek ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan untuk meningkatkan jaringan infrastruktur jalan raya di Kelantan demi kelancaran trafik, keselamatan pengguna dan merangsang pertumbuhan ekonomi setempat.

Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan Kementerian Kerja Raya dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3