RAKAMAN PODCAST BORAK HARINI OLEH YBM | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

RAKAMAN PODCAST BORAK HARINI OLEH YBM

KUALA LUMPUR – Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, hadir ke rakaman podcast Borak Harini yang berlangsung di Balai Berita, Jalan Riong, Bangsar. 

Dalam sesi rakaman tersebut, pelbagai topik dibincangkan secara terbuka termasuk isu aduan jalan raya, projek pembinaan, dan perancangan lebuh raya masa depan.

YB Menteri turut dibawa melawat sekitar kawasan Balai Berita yang turut menempatkan pasukan Harian Metro, News Straits Times, TV3, serta beberapa stesyen radio iaitu Hot FM, Kool 101, Fly FM, Molek FM, dan Eight FM.

Berkesempatan menyantuni para editor dan penyampai radio, YB Menteri turut mencuba bakat sebagai pembaca berita dalam sesi ujibakat khas yang menceriakan suasana.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0
0
0
0
0
0