PERHIMPUNAN BULANAN KKR JULAI 2025 | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

PERHIMPUNAN BULANAN KKR JULAI 2025

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Seri Ahmad Maslan bersama barisan Pengurusan Tertinggi KKR dan Agensi hadir ke Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kerja Raya Bagi Bulan Julai bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kompleks Kerja Raya.

Majlis kali ini merupakan anjuran bersama Bahagian Khidmat Pengurusan dan Bahagian Perancang Jalan membawa tema "Perwira Berjasa, Infrastruktur Diperkasa".

Dalam sesi perhimpunan kali ini juga diadakan sesi penyerahan Buku Highway Network Development Plan (HNDP) 2040 serta penyerahan Sistem Road Accident Management System (RAMS 2.0).

Turut disempurnakan gimik pelancaran Program CEKAP CIDB oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Seri Ahmad Maslan.

YB Datuk Seri juga menyampaikan Perakuan Komitmen Persatuan Kontraktor di Bawah Program CEKAP dan Sijil Penghargaan Pembangunan Program kepada Ketua Panel Program.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0
0
0
0
0