TURUN PADANG KSU KEMENTERIAN KERJA RAYA KE HOSPITAL SEBERANG JAYA. | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

TURUN PADANG KSU KEMENTERIAN KERJA RAYA KE HOSPITAL SEBERANG JAYA.

SEBERANG JAYA, PULAU PINANG - YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya mengadakan lawatan kerja ke Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang. 

Dato’ Seri KSU turun padang sendiri memantau dan melihat sendiri keadaan hospital ini bagi memastikan kondusi bangunan berada dalam keadaan selamat dan baik. Lawatan ini lanjutan daripada aduan pihak hospital ke atas aduan kecacatan (defect) yang berlaku dalam bangunan hospital ini.

Dato’ Seri KSU meminta pihak bertanggungjawab menyelesaikan aduan kecacatan yang telah dikenalpasti dengan kadar segera. Beliau juga meminta semua pihak mengambil tanggungjawab ini bagi memastikan hospital dapat beroperasi dengan lancar ke arah perkhidmatan berkualiti kepada rakyat.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0
0