SANTUNI MADANI - MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA PELAJAR YANG MENDAPAT TAWARAN KE INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM BERSEMPENA PROGRAM SATU PEMIMPIN SATU KAMPUNG (SANTUNI MADANI) KEMENTERIAN KERJA RAYA TAHUN 2025
KUBANG SEMANG, PULAU PINANG - YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya hadir bersama-sama YBhg. Datin Seri Rosmawati binti Hassan, PUSPANITA Cawangan Kementerian Kerja Raya ke Majlis Penyerahan Sumbangan Bantuan Santuni MADANI kepada pelajar yang mendapat tawaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) untuk tahun 2025.
Majlis ini berlangsung di Masjid Jamek Kubang Semang, Bukit Mertajam Pulau Pinang. Seramai 27 orang pelajar telah dipilih dari kalangan penduduk Kampung Kubang Semang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang yang telah mendapat tawaran pada tahun 2025 untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Sijil, Sijil Asasi, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.
Majlis turut mendapat sokongan daripada rakan strategik KKR termasuk MPKK Kubang Semang, Ahli Jawatankuasa Masjid, Penduduk Kubang Semang, Ahli Jawatankuasa Masjid, Penduduk Kubang Semang, Agensi- agensi Kerajaan, Swasta, para petugas dan sukarelawan Masjid yang telah memainkan peranan penting dalam menjayakan penganjuran majlis ini.
Secara keseluruhannya, majlis ini telah berlangsung dalam suasana penuh mesra, bermakna dan berinspirasi. Ia bukan sahaja meraikan kejayaan pelajar, malah menjadi simbol kesepaduan antara pihak pentadbiran, komuniti, dan rakan strategik dalam mendukung aspirasi negara melalui prinsip Malaysia Madani.
- Log in to post comments