MADANI BEKERJA - TURPA KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN KERJA RAYA MALAYSIA KE DAERAH KOTA SETAR, KEDAH DARUL AMAN | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

MADANI BEKERJA - TURPA KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN KERJA RAYA MALAYSIA KE DAERAH KOTA SETAR, KEDAH DARUL AMAN

KOTA SETAR -  YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya hari ini turun padang mengadakan lawatan kerja ke kawasan daerah Kota Setar, Kedah.

Turut bersama-sama KSU KKR, Dato' Haji Gafar bin Yahya, Datuk Bandar Alor Setar dan YB Dato' Haji Mohamad Yusoff @Munir bin Zakaria, EXCO Keja Raya Negeri Kedah.

Lawatan kerja turun padang diadakan bagi memantau dan memastikan infrastruktur jalan persekutuan berada dalam keadaan baik dan sempurna serta diselenggara dengan teratur. Langkah-langkah mitigasi dan solusi terhadap isu dan aduan penduduk juga telah dikenalpasti dan diselesaikan secara holistik selari dengan nilai Malaysia MADANI.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0
0
0
0
0
0