TURPA KSU KKR MENINJAU KEMAJUAN PELAKSANAAN PROJEK INSFRASTRUKTUR JALAN RAYA
GUA MUSANG - Datuk Seri Azman Ibrahim, Ketua Setiausaha, Kementerian Kerja Raya telah meneruskan ekspedisi Turun Padang (TurPa) beliau ke Pakej 6A: dari Aring ke Sempadan Kelantan Terengganu iaitu lokasi mendapan yang terjadi di Jalan Raya Simpang Pulai-Lojing-Gua Musang-Kuala Berang.
KSU melihat sendiri kesan teruk mendapan yang berlaku yang menyebabkan jalan tersebut telah ditutup dari laluan kerana bahaya yang mengancam. KSU seterusnya diberi taklimat kerja-kerja pembaikan, cabaran yang dihadapi dan jangkamasa yang akan diambil sebelum dibuka semula untuk laluan.
Tarikh Dan Waktu Acara
- Log in to post comments