PUSPANITA KKR MENYANTUNI KOMUNITI RUMAH PANJANG DI KAPIT | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

PUSPANITA KKR MENYANTUNI KOMUNITI RUMAH PANJANG DI KAPIT

KAPIT - PUSPANITA Cawangan KKR dengan kerjasama Kementerian Kerja Raya dan rakan strategik telah menganjurkan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Gawai di Rumah Panjang Ekau dan 2 buah rumah panjang lagi iaitu Rumah Panjang Awa dan Rumah Panjang Serjin pada hari ini. 

Hadir sama menyertai program tersebut ialah YB Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Ketua Setiausaha KKR, YBhg. Dato' Seri Azman Ibrahim, Penaung PUSPANITA KKR, YBhg. Datin Sri Angelina Celestine Ujang dan Pengerusi PUSPANITA KKR, YBhg. Datin Seri Rosmawati Hassan.

Sumbangan tunai telah diberikan kepada 59 keluarga/pintu bagi 3 rumah panjang oleh PUSPANITA Cawangan KKR. Manakala rakan strategik iaitu DAL HCM dan PBH Asset Management telah menyumbangkan barangan kepada 59 keluarga tersebut.

CSR ini merupakan program kali ketiga yang diadakan oleh PUSPANITA Cawangan KKR telah diadakan setelah CSR CNY dan CSR Aidilfitri untuk tahun 2025. 

YB Menteri juga berharap program CSR seperti ini diteruskan lagi pada masa akan datang.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0
0
0
0