DELEGASI KEMENTERIAN KERJA RAYA MENGHADAP DULI YANG MAHA MULIA TUANKU RAJA PERLIS | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

DELEGASI KEMENTERIAN KERJA RAYA MENGHADAP DULI YANG MAHA MULIA TUANKU RAJA PERLIS

ARAU, 4 MEI 2025 - Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail memperkenan menerima menghadap Menteri Kerja Raya, YB. Dato Sri Alexander Nanta Linggi bersama delegasi daripada Kementerian Kerja Raya serta agensi-agensi dibawah naungan.

Sesi menghadap yang diadakan di Istana Arau itu turut dihadiri oleh Duli Yang Teramat Mulia, Tuanku Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Terdahulu delegasi turut dibawa melawat ke Galeri Diraja yang menyimpan pelbagai koleksi-koleksi peribadi Tuanku Raja Perlis khususnya. 

"Raja Berdaulat, Rakyat Berilmu, Negeri Sejahtera, Perlis Maju"

MENJUNJUNG KASIH TUANKU

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0
0