MENTERI KERJA RAYA TURUN PADANG KE KAMPUNG BERTAM, PULAU PINANG | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

MENTERI KERJA RAYA TURUN PADANG KE KAMPUNG BERTAM, PULAU PINANG

SEBERANG JAYA, 2 MEI 2025 - Menteri Kerja Raya, YB. Dato Sri Alexander Nanta Linggi singgah meninjau keadaan Jambatan Kampung  Bertam yang terletak di FT3111, Jalan Permatang Pauh (Seksyen 2.90), berdekatan mercu tanda Masjid Papan di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.

Hasil semakan oleh Unit Forensik JKR pada pertengahan tahun 2024 mendapati jambatan ini berada dalam keadaan uzur dan tidak lagi selamat untuk kegunaan jangka panjang. 

Bertindak segera, pada penghujung tahun 2024, kerja-kerja pembaikan sementara melibatkan pemasangan riprap dengan kos sebanyak RM90,000 telah dilaksanakan bagi mengurangkan risiko kegagalan struktur.

JKR turut mengemukakan permohonan untuk pembinaan jambatan baharu yang lebih kukuh dan selamat.

Dalam masa yang sama, JKR sedang merancang pelaksanaan kerja pembaikan sementara tambahan seperti PU Injection bagi memastikan jambatan ini terus boleh digunakan tanpa berkompromi dengan keselamatan pengguna.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0