LAWATAN KERJA KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN KERJA RAYA DI UTARA | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

LAWATAN KERJA KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN KERJA RAYA DI UTARA

26 APRIL 2025, PULAU PINANG - Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim telah turun padang meninjau kerja penyenggaraan pavemen dan bukan pavemen di Jalan Persekutuan FT01 Butterworth - Sungai Petani.

Seusai di FT01 Jalan Persekutuan Butterworth-Sungai Petani, Dato' KSU ke FT01 Jalan Persekutuan Butterwoth - Alor Star meninjau sendiri kerja-kerja penyelenggaraan jalan pavemen dan bukan pavemen oleh Syarikat Konsesi Penyelenggaran yang dilantik serta pemantauan yang dibuat oleh JKR Negeri dan Daerah berkenaan.

Turun Padang ini membolehkan Dato' KSU melihat dari dekat kesempurnaan aset-aset jalanraya agar berfungsi dan diselenggara dengan rapi dan teratur. 

Ini akan membantu Dato' KSU untuk membandingkan dengan Kontrak Penyelenggaraan dan bagaimana kontrak tersebut boleh ditambahbaik untuk memastikan penyelenggaraan serta pemantauan dibuat dengan teratur dan rapi di masa hadapan serta mengadaptasi teknologi AI, drone dan sebagainya supaya pemantauan dapat dibuat secara remote, lebih cepat, menyeluruh dan berkesan.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0