MAJLIS PRA-PELANCARAN MINGGU PEMBINAA ANTARABANGSA (ICW) & BUILDXPO 2025 ASEAN 2025 | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

MAJLIS PRA-PELANCARAN MINGGU PEMBINAA ANTARABANGSA (ICW) & BUILDXPO 2025 ASEAN 2025

KUALA LUMPUR, 26 FEBRUARI 2025 - YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya merasmikan Majlis Pra-Pelancaran Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) & BUILDXPO ASEAN 2025 bertempat di Malaysian International Trade & Exhibition Centre (MITEC). 

Bertemakan "Construction the Future of ASEAN", ICW akan berlangsung dari 28 hingga 30 Oktober 2025 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur. Sebagai acara industri pembinaan utama untuk Pengerusi ASEAN 2025 Malaysia, ICW & BuildXpo 2025 akan menonjolkan kepimpinan Malaysia dan ASEAN dalam kemampanan, inovasi dan kemajuan teknologi, seterusnya merangsang ekonomi tempatan dengan memupuk amalan industri pembinaan yang mampan dan berpandangan ke hadapan. 

YB Ir. Haji Yusuf Abd Wahab, Pengerusi CIDB menyampai aluan majlis. Turut hadir di majlis tersebut YBhg. Dato' Mohd Sakeri Abdul Kadir, Timbalan Ketua Setiausaha Sektor Dasar Dan Pembangunan KKR 

 

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0
0
0
0