PERJUMPAAN KETUA SETIAUSAHA KKR BERSAMA JURUTERA DAERAH SELURUH NEGARA
KUALA LUMPUR, 19 FEBRUARI 2025 - Satu program perjumpaan antara YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya bersama dengan Jurutera Daerah dari seluruh negara telah diadakan pada 19 Februari 2025 (Rabu), jam 2 petang.
Program KKR Speaker Series Bil. 1/2025 ini adalah sebahagian daripada kerangka latihan anjuran Bahagian Pembangunan Sumber Manusia yang merupakan wacana perkongsian ilmu dan ramah mesra khususnya bagi pengurusan tertinggi untuk menyampaikan aspirasi dan halatuju secara bersasar.
Seramai 75 Jurutera Daerah telah hadir mengikuti program ini secara fizikal bagi mendengar perkongsian ilmu dan pengalaman oleh YBhg Dato’ Seri KSU. Salah satu inspirasi dikongsikan adalah berpandukan “21 Great Ways to Stop Procrastinating and Get More Done in Less Time” tulisan Brian Tracy.
Walaupun tempoh agak terhad, YBhg Dato’ Seri KSU sempat menjawab soalan berkenaan isu yang dihadapi oleh Jurutera Daerah. Beliau juga telah menghadiahkan sebuah buku berjudul "The Power of Positive Thinking" tulisan Norman Vincent Peale kepada JD dari Melaka Tengah yang bertuah pada petang tersebut.
- Log in to post comments