PENETAPAN AKAUNTABILITI YANG JELAS DALAM PELAKSANAAN PROJEK INFRASTUKTUR FIZIKAL NEGARA | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

PENETAPAN AKAUNTABILITI YANG JELAS DALAM PELAKSANAAN PROJEK INFRASTUKTUR FIZIKAL NEGARA

TEMERLOH, 31 JANUARI 2025 -  YBhg. Dato' Mohd Sakeri Bin Abdul Kadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Pembangunan), Kementerian Kerja Raya (KKR) telah mengadakan lawatan mengejut ke Temerloh Pahang. Lawatan beliau dibuat bersama-sama Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia untuk meninjau kemajuan pelaksanaan Projek Menaiktaraf Jambatan Sultan Haji Ahmad Shah daripada 2 lorong kepada 4 lorong merentasi Sungai Pahang di Temerloh, Pahang.  

Lawatan ini turut disertai oleh Jurutera Daerah JKR Temerloh, Pegawai Penguasa (SO) daripada Unit Projek Khas Zon Timur 3, JKR Malaysia dan wakil kontraktor utama bagi meninjau kerja-kerja peringkat akhir penyiapan projek.  

Pihak-pihak yang terlibat dengan pelaksanaan projek ini telah diingatkan supaya sentiasa memenuhi tuntutan akauntabiliti masing-masing, sebagaimana yang ditetapkan dalam perjanjian kontrak agar projek diuruskan dengan teratur. Hasil projek hendaklah dijana dengan cekap dan mencapai outcome yang dikehendaki, demi kesejahteraan rakyat. 

 

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0