Lawatan KSU KKR ke Bilik Bencana (BiGBen) JKR | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

Lawatan KSU KKR ke Bilik Bencana (BiGBen) JKR

Kuala Lumpur, 04 Disember 2024 - YBhg. Dato' Seri Azman Ibrahim mengadakan lawatan ke BIGBEN-Bilik Gerakan Bencana JKR Malaysia bagi meninjau kerja-kerja pemantauan bencana yang dijalankan sepanjang musim banjir ini. Tujuan penubuhan BiGBen adalah sebagai hub perkongsian maklumat secara terus kepada orang awam berkaitan maklumat kejadian bencana. Antara maklumat yang dikongsi adalah penutupan jalan dan cadangan laluan alternatif kepada pengguna jalan raya bagi memastikan kelancaran perjalanan ke destinasi yang dituju.

Sistem ini turut memaparkan kejadian bencana terkini secara atas talian (online) untuk kegunaan orang awam. Pengoperasian BIGBEN bergantung kepada situasi semasa bencana negara dan dikategorikan dalam tiga (3) peringkat. Pada masa ini pelaporan status banjir telah memasuki Peringkat 3 dan pelaporan dibuat 6 kali dalam tempoh 24 jam. Maklumat-maklumat tersebut akan dikongsikan melalui Facebook rasmi Bilik Gerakan Bencana JKR Malaysia serta di laman rasmi eBencana https://bencana.jkr.gov.my. 

Orang awam juga boleh menghubungi talian Hotline BiGBen untuk melapor dan mendapatkan sebarang maklumat terkini berkenaan bencana terutamanya di sepanjang Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri di 03-2610 7727

 

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0
0
0
0