Majlis Hari Integriti Peringkat KKR 2024 | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

Majlis Hari Integriti Peringkat KKR 2024

Kuala Lumpur, 6 November 2024 - Hari ini Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi hadir merasmikan Majlis Hari Integriti Peringkat KKR 2024 yang diadakan di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kompleks Kerja Raya.

Hadir sama di majlis ini ialah Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Seri Ahmad Maslan. Turut hadir YBhg. Dato' Zahrul Hakim Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha Sektor Dasar Dan Pembangunan bersama YBrs. Tuan Mohd Sakeri Abdul Kadir, Timbalan Ketua Setiausaha Sektor Pengurusan, Kementerian Kerja Raya.

5 November telah diisytiharkan sebagai Hari Integriti Nasional sejak penubuhan Institut Integriti Malaysia (IIM) pada April 2004 dalam usaha membudayakan integriti, memupuk nilai-nilai murni sejagat serta memperteguh tadbir urus dalam kalangan masyarakat.

Mulai tahun 2005, Hari Integriti Nasional (HIN) disambut setiap tahun pada bulan November dengan pelbagai program dan aktiviti di seluruh negara termasuk di peringkat KKR.

Hari Integriti KKR telah menjadi program tahunan dalam usaha membudayakan integriti, memupuk nilai-nilai murni serta memperteguh tadbir urus di kalangan warga KKR dan agensi.

Program ini merupakan medium terbaik bagi memperkukuhkan integriti di kalangan warga KKR termasuk jabatan dan agensi di bawah naungannya iaitu Jabatan Kerja Raya, Lembaga Lebuhraya Malaysia, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan, Lembaga Jurutera Malaysia, Lembaga Juruukur Bahan Malaysia dan Lembaga Arkitek Malaysia.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12