Persidangan Jalan Se-Malaysia Ke-12 dan Kongres Jalan Asia Pasifik Ke-5
Kuala Lumpur, 05 November 2024 – Pertubuhan Kejuruteraan Jalan Malaysia (REAM) bersama Kementerian Kerja Raya (KKR), JKR, LLM, dan CIDB Malaysia menganjurkan Persidangan dan Pameran Jalan Malaysia (MRC) 2024 yang berlangsung dari 5-7 November 2024 di WTC Kuala Lumpur.
Bertemakan “Driving Innovation for Better Roads,” MRC 2024 menjadi platform utama untuk berkongsi idea, penyelidikan, dan teknologi terkini dalam kejuruteraan jalan.
Majlis perasmian persidangan telah disempurnakan oleh Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, dengan kehadiran lebih 1,000 profesional dari 20 negara dan 100 pameran antarabangsa.
Antara sorotan menarik:
• Anugerah Kecemerlangan Kejuruteraan Jalan REAM yang mengiktiraf projek terbaik. Pertandingan ini dimenangi Projek Setiawangsa-Pantai Expressway (SPE).
• Pembentangan Khas mengenai Kecerdasan Buatan (AI) dalam kejuruteraan jalan oleh REAM YEP.
• Pertandingan Reka Bentuk Jalan untuk pelajar universiti dan lawatan teknikal ke projek ikonik seperti LRT 3, ECRL, Merdeka 118, dan SPE.
Di majlis tersebut juga YBhg. Dato' Seri Azman Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya telah menyampaikan ucaptama berinspirasi pada sesi pertama, memulakan 12th Malaysian Road Conference 2024 & 5th IRF Asia Pacific Regional Congress.
Dalam ucaptama tersebut, beliau menekankan inisiatif penting KKR seperti aplikasi MyJalan, yang memudahkan aduan berkaitan jalan raya dan memastikan keselamatan pengguna jalan raya terus dipertingkatkan.
Beliau turut menyentuh megatrends dalam industri pembinaan, termasuk teknologi pintar dan pembangunan mampan yang diharapkan mampu mengubah landskap infrastruktur negara.
Dengan kehadiran para pemimpin dan pakar industri dari seluruh dunia, acara ini menjadi platform penting untuk mengukuhkan jaringan profesional dan berkongsi inovasi terkini bagi masa depan jalan raya dan pengangkutan yang lebih baik untuk Malaysia dan Asia Pasifik.
MRC 2024 memperkukuh rangkaian profesional dan memacu masa depan infrastruktur jalan raya Malaysia ke tahap global.
- Log in to post comments