Pra-Pelancaran Persidangan Jalan Se-Malaysia Ke-12 Dan Kongres Jalan Asia Pasifik, Persekutuan Jalan Sedunia Ke-5 (12th Malaysian Road Conference 2024 & 5th IRF Asia Pacific Regional Congress) | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

Pra-Pelancaran Persidangan Jalan Se-Malaysia Ke-12 Dan Kongres Jalan Asia Pasifik, Persekutuan Jalan Sedunia Ke-5 (12th Malaysian Road Conference 2024 & 5th IRF Asia Pacific Regional Congress)

Kuala Lumpur, 01 Oktober 2024 – Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Seri Ahmad Maslan, hari ini telah merasmikan majlis Pra-Pelancaran Persidangan Jalan Se-Malaysia ke-12 dan Kongres Jalan Asia Pasifik, Persekutuan Jalan Sedunia ke-5 (12th Malaysian Road Conference 2024 & 5th IRF Asia Pacific Regional Congress) di Hotel Ancasa, Kuala Lumpur.

 

Turut hadir bersama pada majlis ini YBhg. Dato’ Seri Haji Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kerja Raya, YBrs. Tuan Mohd Sakeri Abdul Kadir, Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan dan YBhg. Datuk Zahrul Hakim Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha Sektor Dasar Dan Pembangunan.

 

Acara dwitahunan ini kini memasuki edisi ke-12 sejak ia diperkenalkan pada tahun 1994. Persidangan yang akan berlangsung dari 5 hingga 7 November 2024 ini dianjurkan oleh Pertubuhan Kejuruteraan Jalan Malaysia (REAM) dengan kerjasama Kementerian Kerja Raya (KKR), Jabatan Kerja Raya (JKR), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

 

Persidangan bertaraf antarabangsa ini menyediakan platform untuk perkongsian penyelidikan serta pertukaran idea mengenai teknologi dan inovasi terkini dalam pembangunan, rekabentuk, pembinaan, pengurusan, dan penyenggaraan jalan raya, lebuh raya, serta infrastruktur berkaitan.

 

MRC 2024, dengan tema “Driving Innovation for Better Roads,” mencerminkan komitmen tinggi industri dalam memajukan infrastruktur jalan raya. Tema ini menekankan kepentingan inovasi sebagai elemen utama dalam meningkatkan kualiti, keselamatan, dan kelestarian infrastruktur jalan raya ke tahap global.

 

Semasa majlis pra-pelancaran ini, YB Timbalan Menteri Kerja Raya turut menyampaikan sijil penghargaan kepada rakan-rakan strategic MRC2024 antaranya UEM Edgenta Berhad – OPUS Consultants and Infrastructure Services (Kategori Emas), Roadcare (M) Sdn. Bhd. (Kategori Emas), THB Maintenance Sdn. Bhd. (Kategori Perak), Belati Wangsa (M) Sdn. Bhd, Landasan Angsana Sdn. Bhd., NL Scientific Instruments Sdn. Bhd., Wirtgen (M) Sdn. Bhd, serta penaja lain seperti K2 Bitumen Sdn. Bhd.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4
5
6
7