Program Highway Concession Conference (HCC) 2024 | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

Program Highway Concession Conference (HCC) 2024

Johor Bahru, 17 September 2024 – YB Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan telah merasmikan Program Highway Concession Conference (HCC) 2024 pada hari ini di Hotel Renaissance, Johor Bahru. Persidangan anjuran Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) yang bertemakan "Highway Revitalization: Balancing Engineering, Social and Environment Innovatively” berlangsung selama tiga hari berturut-turut bermula 17 September sehingga 19 September 2024. Ini merupakan satu program untuk mewujudkan satu platform perkongsian ilmu, aspirasi, pengalaman, idea serta membincangkan isu dan cabaran berkaitan pendekatan strategik secara komprehensif dalam menambahbaik pembangunan dan pengurusan lebuh raya bertol di Malaysia.

 

Persidangan ini menampilkan seramai 15 pembentang ternama yang terdiri daripada pelbagai bidang industri di peringkat tempatan dan antarabangsa termasuk:

 

i. YBhg. Dato’ Seri Azman Bin Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Malaysia

ii. YBhg. Datuk Shuhaimi Sulaiman, Ketua Pengarah Rangkaian Televisyen Malaysia (RTM); 

iii. YBhg. Dato’ Sri Idris Jala, Policy & Transformation Expert; 

iv. YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Syed Zainal Abidin, Business Leader; 

v. YBrs. Encik Naeem Hussain, Global Bridge Expert dan 

vi. YBrs. Encik Yosuke Tanaka, Policy Maker. 

 

Seramai lebih 300 peserta dari dalam dan luar negara telah menyertai HCC 2024 dan berpeluang untuk mendalami pelbagai aspek pembangunan dan pengurusan lebuh raya serta berinteraksi dengan pakar-pakar dalam industri.

 

Program HCC pada kali ini bukan hanya diisi dengan sesi pembentangan dan forum sahaja, malah terdapat dua elemen baharu iaitu Hi-way Tech Exhibition dan lawatan teknikal.

 

LLM percaya bahawa persidangan yang bertaraf antarabangsa ini merupakan satu platform yang signifikan kepada industri lebuh raya bagi menjalin rangkaian profesional dan perkongsian strategik demi memacu industri ini ke tahap tertinggi.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12