Perhimpunan Bulanan Kementerian Kerja Raya Ogos 2024
20 Ogos 2024, Kuala Lumpur - Telah berlangsung Perhimpunan Bulanan Kementerian Kerja Raya bagi Bulan Ogos beserta Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Kementerian Kerja Raya. Perhimpunan bulanan kali ini merupakan anjuran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).
Telah hadir di dalam majlis Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Seri Ahmad Maslan YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha KKR, YBrs. Encik Mohd Sakeri Abdul Kadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KKR, YBhg. Dato’ Zahrul Hakim Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pembangunan) KKR, YBhg. Dato' Ir. Roslan Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya dan YBhg. Dato' Ir. Sazali Harun, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia.
Dalam ucaptama yang disampaikan YB Timbalan Menteri menekankan pengaplikasian 'Strategi 5K' dalam struktur kerja kepada seluruh warga KKR & Agensi iaitu:
1. Kesejahteraan rakyat
2. Kepantasan tindakan
3. Kos yang munasabah
4. Kualiti terjamin
5. Kebitaraan inovasi
Tidak lama lagi akan genap setahun MyJalan. MyJalan ini telah dilancarkan pada 24 Ogos 2023 tahun lalu oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Bermula 1 Ogos sehingga 31 Julai 2024, aplikasi MyJalan telah merekodkan aduan secara kumulatif sebanyak 17157, di mana 5178 adalah aduan melibatkan JKR dan LLM, manakala 11,979 adalah aduan melibat agensi lain PBT dan sebagainya.
KKR yakin dengan kerjasama dan semangat yang ada, kita akan terus mara ke hadapan, mengatasi segala cabaran dan mencapai kecemerlangan yang lebih gemilang. Bersama-sama kita boleh membawa perubahan positif dan memberikan yang terbaik kepada negara dan rakyat.
- Log in to post comments