Pelantikan Ketua Pengarah Kerja Raya Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Kementerian Kerja Raya | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

Pelantikan Ketua Pengarah Kerja Raya Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Kementerian Kerja Raya

Kuala Lumpur, 25 Jun 2024 - Sukacita dimaklumkan bahawa selaras dengan Perkara 139(4) Perlembagaan Persekutuan, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan YBhg. Dato’ Ir. Roslan bin Ismail sebagai Ketua Pengarah Kerja Raya, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Kerja Raya berkuatkuasa pada 25 Jun 2024.

YBhg. Dato’ Ir. Roslan Ismail memiliki Sarjana Pengurusan Projek dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan mempunyai pengalaman yang luas selama 29 tahun terutama penglibatan beliau dalam perancangan dan pelaksanaan projek-projek awam yang berimpak tinggi dan pembangunan industri pembinaan. Beliau pernah menjawat pelbagai jawatan di pelbagai peringkat sama ada di peringkat daerah, negeri mahupun ibu pejabat selama 29 tahun di antaranya sebagai Pengarah JKR Negeri Pulau Pinang, Pengarah Pembinaan Pasukan Projek Khas dan yang terkini Pengarah Kanan Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, JKR Malaysia.

Dengan pengalaman serta kredibiliti yang dimilikinya, YBhg. Dato’ Ir. Roslan Ismail diyakini mampu menggalas tanggungjawab yang diamanahkan ini bagi meneruskan peningkatan kecemerlangan Jabatan Kerja Raya dalam memastikan projek-projek awam disiapkan dengan mutu yang tinggi menepati spesikasi dari segi kualiti, masa dan kos selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4
5
6
7