Tinjauan Kerja-Kerja Penyenggaraan Dan Pembaikan Lampu Jalan Di Jalan Persekutuan Laluan FT26, FT27, FT29, FT30 dan FT182 | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

Tinjauan Kerja-Kerja Penyenggaraan Dan Pembaikan Lampu Jalan Di Jalan Persekutuan Laluan FT26, FT27, FT29, FT30 dan FT182

Sepang, 3 November 2023 – Ybhg Datuk Seri Haji Hasnol Zam Zam Bin Haji Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya telah melakukan tinjauan kerja terhadap kerja-kerja penyenggaraan dan pembaikan lampu jalan di Jalan Persekutuan di Laluan FT26, FT27, FT29, FT30 dan FT182.

Tinjauan bermula dari sempadan Jalan PLUS dan Jalan JKR, seterusnya di laluan FT26 dan FT27 bagi meninjau keseluruhan lampu jalan di kawasan Lapangan Terbang Internasional Kuala Lumpur (KLIA). Tinjauan diteruskan di feeder pillar lampu yang telah siap kerja pembaikan.

Turut hadir bersama-sama dalam tinjauan ini ialah YBhg. Datuk Ir Ahmad Redza Ghulam Rasool, Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR), YBrs. Cik Helena Remeo, Setiausaha Bahagian Pengurusan Fasiliti Kementerian Kerja Raya, YBrs. Tuan Ir Mohd Zawawi Zakaria, Timbalan Pengarah JKR Selangor, YBrs,Tuan Ir. Haniff Ab Hamid, Ketua Jurutera Elektrik Negeri JKR Selangor, Ybrs. Encik Azarul Azlan Mohd Radhi, Jurutera Daerah JKR Daerah Sepang serta Roadcare Sdn Bhd yang merupakan wakil konsesi Jalan.

KKR sentiasa cakna akan kepentingan dan keselesaan pengguna jalan raya di Malaysia. Sebarang aduan, orang awam disarankan mengemukakan aduan di saluran aduan rasmi SISPAA JKR. Aduan berkaitan jalan turut boleh diadukan melalui Aplikasi MyJalan KKR yang boleh dimuat turun secara percuma melalui Google Playstore, Apple App Store, dan Huawei App Gallery.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13