Tinjauan Menteri Kerja Raya Ke CIDB Negeri Sarawak, ABM & CIDB Technologies Wilayah Sarawak | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
1

Tinjauan Menteri Kerja Raya Ke CIDB Negeri Sarawak, ABM & CIDB Technologies Wilayah Sarawak

KUCHING, SARAWAK, 12 DISEMBER 2022 - Menteri Kerja Raya, YB Dato Seri Alexander Nanta Linggi mengadakan sesi lawatan ke Pejabat CIDB Negeri Sarawak di Pusat Konvensyen CIDB Sarawak, Kompleks CIDB Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya.

Lawatan ini bertujuan untuk memahami lebih dekat mengenai peranan dan fungsi CIDB Negeri Sarawak, ABM Wilayah Sarawak, CIDB Technologies Wilayah Sarawak dan Construction Research Institute of Malaysia (CREAM).

CIDB merupakan agensi dibawah Kementerian Kerja Raya (KKR) yang mengawal selia, membangun dan memudahcara industri pembinaan dengan menerapkan profesionalisme dan memanfaatkan inovasi untuk menghasilkan persekitaran binaan yang berkualiti, produktif dan mampan.

Kawasan kompleks seluas 65 ekar ini turut menempatkan Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Sarawak dan CIDB Technologies yang merupakan pusat penilaian dan latihan untuk menyediakan latihan kemahiran binaan kepada tenaga kerja pembinaan. Bermula tahun 2001 sehingga 15 September 2022, jumlah statistik data pengeluaran pekerja mahir binaan bagi keseluruhan ABM dan CIDB Technologies adalah seramai 403,506 orang.

Menteri Kerja Raya turut melawat Pameran Mini ABM, Makmal Kerja Raya Malaysia Cawangan Sarawak, Makmal BIM serta mendengar taklimat pembinaan rumah contoh menggunakan teknologi 3D Printing iaitu kolaborasi antara CIDB melalui anak syarikat iaitu CIDB IBS dan ABM Sarawak bersama pemain industri iaitu SCIB untuk pembangunan teknologi baru dibawah IR 4.0.

Turut hadir ialah YBhg. Datuk Ir. Ahmad ‘Asri Bin Abdul Hamid, Ketua Eksekutif, CIDB Malaysia, Encik Saini Saidi, Pengarah Negeri CIDB Sarawak dan Encik Abdul Rahman Bin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif, ABM Wilayah Sarawak.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11